Monday, September 3, 2012

Air mata

Posted by Dhira Ayesha at 9:09 PM
Jangan menangis kerana benda-benda yang remeh..setitis air mata kita akan dikira satu hari nanti..menangislah kerana Allah dan bila kita membaca Al-Quran atau berdoa.

Betapa sucinya andai air mata itu gugur tika hamba sujud kepada Tuhannya, memohon taubat dan keampunan..alangkah indahnya andai air mata itu gugur dengan penuh rasa cinta dan kerinduan kepada Allah Yang Mencipta sekalian makhluk..Alangkah syahdunya andai air mata itu hadir tika bibir membaca Al-Quran dan kerana khusyuk menghayati makna setiap baris ayat yang dibaca..alangkah indah dan ternilainya andai air mata itu jatuh kerana ketakutan dan rasa malu pada Rabb yang Maha Esa..takut atas dosa yang dilakukan.

Tetapi sekiranya satu hari nanti kita terasa begitu sedih dan ingin menangis kerana kehilangan atau kematian atau sebagainya maka biarlah air mata itu gugur untuk seketika..mengalir seadanya saja..setidak-tidaknya ia bisa menghilangkan rasa duka dihati kita.. namun jangan biarkan kesedihan itu tidak berpenghujung.

0 comments:

Post a Comment

Shout out~

 

Aku Manusia Biasa. . Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea