Monday, July 30, 2012

Makhruh

Posted by Dhira Ayesha at 5:22 PM
Di kala satu waktu, telah tercetusnya perbalahan mengenai "apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa" dan "apakah hukum merasa makanan yg dimasak ketika puasa". .Kemungkinan terdapat khilaf apabila kita menyentuh isu tersebut. Mungkin terdapat bnyak fatwa yg akan diberikan oleh org lain mengenainya. . oleh yang demikian. .aku sendiri telah mentelaah beberapa laman web berkenaan isu berkenaan. mmg betul kemungkinan jawapan yg diberikan akan di pertikai kan. .  here, lets us take a look at the answers:


Q: Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa?
A: Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah s.a.w. bersabda “Aroma mulut orang yang puasa, lebih harum di sisi Allah dibandingkan dengan aroma minyak misik”(Muslim, Tirmidzi dll). Berdasarkan hadis diatas, ulama Syafi’i, Maliki dan Hanafi mengatakan bersiwak (bersugi), termasuk juga gosok gigi adalah bertujuan untuk membersihkan mulut. akan tetapi hukumnya makruh setelah masuk waktu zuhur hingga ke maghrib. Melakukannya pada waktu pagi hingga siang tetap disunnahkan.


Rasulullah SAW bersabda.
Ertinya : Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya aku menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali wuduk atau setiap kali masuknya waktu solat” [Hadits Riwayat Bukhari 847, Muslim 252 semisalnya].



Hadis diatas menerangkan bahawa Nabi SAW bersiwak setiap kali masuk waktu solat walaupun di bulan ramadhan. ini kerana bersiwak itu dapat membersihkan mulut daripada asid asid yang berlebihan di dalam mulut, walaupun hukumnya makruh untuk menggosok gigi setelah zuhur hingga maghrib. sekiranya anda hendak mempraktikkan hadis ini di bulan ramadhan, anda boleh lakukan tetapi hukumnya makruh (ditinggalkan dapat pahala, bila dilakukan tidak mendapat dosa).

Q: Apakah hukum merasa di bulan puasa (merasa makanan yg dimasak utk berbuka)?
A: Merasa makanan tidaklah membatalkan puasa tetapi hukumnya makruh kecuali jika ada keperluan seperti tukang masak, membeli makanan untuk berbuka atau sebagainya. Namun setelah dirasa hendaklah diluahkan kerana jika tertelan masuk ke dalam kerongkong bersama air liur atau sebagainya akan batallah puasa. 

0 comments:

Post a Comment

Shout out~

 

Aku Manusia Biasa. . Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea